Pengenalan
Permainan ini dinamakan 'main getah' kerana bahan yang digunakan ialah getah halus berbentuk gelang yang digunakan sebagai pengikat bungkusan atau barang-barang kecil. Ia sesuai dimainkan oleh kanak-kanak lelaki atau perempuan dan biasanya mereka bermain di dalam rumah. Tempat bermain adalah di atas simen atau lantai papan yang tidak berlubang. Permainan ini merupakan permainan masa lapang terutama di musim hujan kerana pada masa itu kanak-kanak terpaksa berada di dalam rumah. Untuk meluangkan masa lapangnya mereka melakukan permainan ini.
Cara Bermain
Permainan lompat getah ini dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak. Permainan ini menggunakan bahan seperti gelang getah yang disambung panjang dan diikat mati pada hujung sambungan getah tersebut. Permainan ini memerlukan 2 orang untuk memegang hujung getah di kiri dan di kanan dan pemain lain akan melihat pihak lawan bermain mengikut turutan. Jika pihak lawan kalah kerana melanggar peraturan yang ditetapkan seperti tidak boleh menyentuh getah sewaktu bermain iaitu dari paras tapak kaki ke peha dan ketua tidak dapat menghidupkan anak-anak buahnya maka pihak lawan pula yang akan memegang getah tersebut dan seterusnya permainan ini dimainkan oleh mereka
Peraturan yang harus pemain patuhi
Bil.
|
Peraturan-peraturan
|
1.
|
Untuk menentukan ahli kumpulan, kebiasaannya kaedah lai lai li tam plom akan digunakan dan ketua kumpulan akan menggunakan kaedah ow som untuk menentukan kumpulan mana yang akan bermain dahulu. Jika tiga permain sahaja, kaedah ow som akan digunakan.
|
2.
|
Ketua akan memulakan permainan, diikuti anak-anak buahnya. Jika salah seorang anak buahnya melanggar giliran, kesemua ahli pasukan termasuk ketua akan mati dan pasukan lawan pula yang akan bermain.
|
3.
|
Pada permulaan permainan ini, getah dipegang tegang pada paras tapak kaki. Semua yang melompat ketika ini perlu menyebut "zero point" atau "kosong game" (bagi orang kelantan). Pemain tidak boleh menyentuh tali. Jika tidak, pemain itu akan mati.
|
4.
|
Kemudian, getah dipegang pada paras lutut. Pemain perlu melompat tanpa menyentuh getah dan diikuti oleh pemain lain dalam kumpulan yang sama.
|
5.
|
Seterusnya,getah dipegang pada paras paha. Namun, paras ini boleh ditinggalkan dengan persetujuan kedua-dua pasukan. Setiap lompatan, anggota badan tidak boleh menyentuh getah.
|
6.
|
Seterusnya ke paras pinggang. Pada paras ini pemain boleh melompat dengan menyentuh getah.
|
7.
|
Diikuti pada paras dada.
|
8.
|
Seterusnya ke paras telinga. Pada paras ini, pemain yang memegang getah perlu berhati-hati agar tidak cedera.
|
9.
|
Kemudian ke paras kepala.
|
10.
|
Seterusnya, getah sejengkal dari atas kepala. Boleh dikecualikan dengan persetujuan kedua-dua pasukan.
|
11.
|
Jika pemain melepasi setiap paras sebelum ini, seterusnya pemain akan bermain mengikut cara huruf z dan c pada paras pinggang.
|
12.
|
Seterusnya, setiap pemain akan melompat pada paras pinggang sambil menutup mata. Jika ada pemain yang mati pada paras yang sebelum ini, pemain itu boleh dihidupkan kembali jika pemain lain tolong membuat satu lompatan lengkap untuknya (bilangan mengikut persetujuan kedua-dua pasukan). Merupakan penamat kepada pusingan pertama permainan.
|
No comments:
Post a Comment